Keluaran dan sambutan Bohsia:_Jangan_Pilih_Jalan_Hitam

Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam ditayangkan pada 23 April 2009 di pawagam seluruh negara.

Kutipan

Pada hujung minggu pertama tayangannya (23–26 April 2009), filem Bohsia telah mendapat kutipan melebihi RM1.6 juta, sekaligus menduduki tempat teratas dalam carta kutipan filem pada tempoh tersebut.[6] Selepas 21 hari tayangan, jumlah kutipan dilaporkan berjaya mencecah RM4.2 juta.[7]

Ulasan kritis

Ulasan portal filem Tupai.com.my memberi tiga dari lima bintang, terutamanya menyatakan bahawa hampir kesemua babak aksi dalam filem ini berkesan, lagak ngeri yang mengagumkan, dan muzik latarnya berpadanan dengan babak-babak yang ditonton, di samping memuji bakat lakonan Nabila dan Salina, tetapi merungut pembawaan watak oleh Syamsul seolah-olah "mat rempit golongan elit".[8][9]

Satu lagi ulasan di Berita Minggu turut memberi komen positif, dengan kata-kata berikut: "'Delivery' yang diberikan Syamsul dalam sentuhan ini setara usianya yang bergelar pelakon dan pengarah muda. Biarpun jalan cerita mahupun naratif mudah difahami namun perincian yang diberikan terhadap elemen aksi serta shot membabitkan perlumbaan motosikal juga adegan bergasak beramai-ramai ditampilkan begitu kemas dan realistik."[10]

Di Festival Filem Malaysia ke-22, lakonan hebat Nabila Huda telah dicalonkan untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik (FFM) manakala Shaheizy Sam dicalonkan untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (FFM). Namun kejayaan manis datang daripada kemenangan Salina Saibi menerusi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (FFM) menewaskan calon lain antaranya Noorkhiriah (Papadom) & Adibah Nor (Talentime).

Rujukan

WikiPedia: Bohsia:_Jangan_Pilih_Jalan_Hitam http://www.agendadaily.com/Hiburan/pengarah-filem-... http://www.budiey.com/filem-jalan-kembali-bohsia-2... http://www.budiey.com/sinopsis-bohsia-jangan-pilih... http://www.imdb.com/title/tt1429007/ http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/H... http://www.bharian.com.my/sisipan/bintangpopular/S... http://cinema.com.my/movies/details.aspx?search=20... http://cinema.com.my/movies/movie_contents.aspx?se... http://www.cinema.com.my/bm/articles/news_details.... http://www.mstar.com.my/berita/berita-mahkamah/201...